Berikut merupakan 8 eksperimen wajib bagi KSSM Tingkatan 1 mulai tahun 2017.
Senarai
eksperimen wajib Tingkatan 1
Bil.
|
Standard
Kandungan
|
Catatan
|
1
|
1.6 Langkah dalam penyiasatan saintifik
1.6.3 menjalankan satu penyiasatan saintifik bagi menyelesaikan
satu masalah yang mudah.
|
Mereka bentuk dan menjalankan satu penyiasatan
saintifik/eksperimen bagi setiap kumpulan untuk menjelaskan langkah dan
kaedah saintifik iaitu:
1. Mengenal pasti masalah yang boleh diuji dengan penyiasatan
saintifik.
2. Membina hipotesis.
3. Merangka bagaimana pemboleh ubah. dimanipulasikan dan cara
pengumpulan data.
4. Merancang dan menjalankan penyiasatan saintifik.
5. Membentang data yang dikumpul.
6. Menginterpretasi data dan keputusan dengan penaakulan
saintifik.
7. Membuat keputusan dan mempersembahkan laporan
|
2
|
2.2 Respirasi sel dan fotosintesis
2.2.2 berkomunikasi mengenai proses fotosintesis.
|
Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan fotosintesis memerlukan
tenaga cahaya, karbon dioksida, air dan klorofil untuk menghasilkan glukosa
dan oksigen.
|
3
|
3.1 Homeostasis dalam benda hidup
3.1.2 menjelaskan dengan contoh sistem yang terlibat dengan
homeostasis dalam manusia dan haiwan.
|
Menjalankan eksperimen bagi menunjukkan bagaimana tindakan
biologi memberi gerak balas kepada perubahan untuk menstabilkan keadaan badan
seperti:
·
berpeluh dalam keadaan panas dan menggigil apabila kesejukan.
·
kadar degupan jantung semakin meningkat apabila melaksanakan tugas yang
berat.
|
4
|
4.7 Pembiakan tumbuhan
4.7.4 memerihalkan proses
percambahan biji benih
|
Menjalankan eksperimen untuk menentukan syarat percambahan biji
benih.
|
5
|
5.2 Tiga keadaan jirim
5.2.3 menggunakan perhubungan ruang dan masa bagi membezakan
kadar resapan dalam tiga keadaan jirim.
|
Menjalankan eksperimen untuk menentukan kadar resapan contoh kuprum
(II) sulfat dalam dua keadaan jirim (pepejal dan cecair).
|
6
|
5.2 Tiga keadaan jirim
5.2.5 merumuskan bahawa suhu kekal semasa peleburan/pembekuan
dan pendidihan.
|
Menjalankan eksperimen untuk menyiasat suhu semasa perubahan
fizik sesuatu bahan.Memplot dan menginterpretasikan graf yang menunjukkan:
· suhu
kekal semasa peleburan dan pendidihan.
· jisim
kekal tidak berubah semasa perubahan fizikal seperti perubahan keadaan jirim,
melarut pepejal dan pengembangan oleh haba.
|
7
|
8.3 Pantulan cahaya
8.3.2 berkomunikasi mengenai hukum pantulan.
|
Menjalankan eksperimen untuk mengukur sudut tuju, i dan sudut
pantulan, r, menggunakan cermin satah dan menentukan hubungan antara sudut
tuju, i dan sudut pantulan, r. Memperkenalkan Hukum Pantulan.
|
8
|
8.4 Pembiasan cahaya
8.4.3 merumuskan hubungan antara sudut tuju, i dan sudut biasan,
r apabila cahaya bergerak dari medium kurang tumpat ke lebih tumpat.
|
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara sudut
tuju, i dan sudut biasan, r apabila cahaya bergerak dari medium kurang tumpat
(udara) ke medium lebih tumpat (blok kaca).
|
Dapatkan salinan di pautan berikut:
https://drive.google.com/file/d/0ByHBsKXG5nHVQmtVMzdKLUtzdnM/view?usp=sharing
https://www.scribd.com/document/354491082/8-Eksperimen-Wajib-KSSM-Tingkatan-1
Dokumen Standard Kurikulum dan Penilaian (DSKP) Template Pelaporan Sains KSSM Tingkatan 1 8 Eksperimen Wajib KSSM Tingkatan 1 Manual Pentaksiran KSSM Sains Tingkatan 1
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nmedia5571.science
ReplyDelete