8 Eksperimen Wajib KSSM Tingkatan 1


Berikut merupakan 8 eksperimen wajib bagi KSSM Tingkatan 1 mulai tahun 2017.

Senarai eksperimen wajib Tingkatan 1


Bil.
Standard Kandungan
Catatan 
1
1.6 Langkah dalam penyiasatan saintifik

1.6.3 menjalankan satu penyiasatan saintifik bagi menyelesaikan satu masalah yang mudah.
Mereka bentuk dan menjalankan satu penyiasatan saintifik/eksperimen bagi setiap kumpulan untuk menjelaskan langkah dan kaedah saintifik iaitu:

1. Mengenal pasti masalah yang boleh diuji dengan penyiasatan saintifik.
2. Membina hipotesis.
3. Merangka bagaimana pemboleh ubah. dimanipulasikan dan cara pengumpulan data.
4. Merancang dan menjalankan penyiasatan saintifik.
5. Membentang data yang dikumpul.
6. Menginterpretasi data dan keputusan dengan penaakulan saintifik.
7. Membuat keputusan dan mempersembahkan laporan

2
2.2 Respirasi sel dan fotosintesis

2.2.2 berkomunikasi mengenai proses fotosintesis.

Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan fotosintesis memerlukan tenaga cahaya, karbon dioksida, air dan klorofil untuk menghasilkan glukosa dan oksigen.
3
3.1 Homeostasis dalam benda hidup

3.1.2 menjelaskan dengan contoh sistem yang terlibat dengan homeostasis dalam manusia dan haiwan.


Menjalankan eksperimen bagi menunjukkan bagaimana tindakan biologi memberi gerak balas kepada perubahan untuk menstabilkan keadaan badan seperti:

· berpeluh dalam keadaan panas dan menggigil apabila kesejukan.
· kadar degupan jantung semakin meningkat apabila melaksanakan tugas yang berat.
4
4.7 Pembiakan tumbuhan

4.7.4  memerihalkan proses percambahan biji benih

Menjalankan eksperimen untuk menentukan syarat percambahan biji benih.





5
5.2 Tiga keadaan jirim

5.2.3 menggunakan perhubungan ruang dan masa bagi membezakan kadar resapan dalam tiga keadaan jirim.
Menjalankan eksperimen untuk menentukan kadar resapan contoh kuprum (II) sulfat dalam dua keadaan jirim (pepejal dan cecair).




6
5.2 Tiga keadaan jirim

5.2.5 merumuskan bahawa suhu kekal semasa peleburan/pembekuan dan pendidihan.
Menjalankan eksperimen untuk menyiasat suhu semasa perubahan fizik sesuatu bahan.Memplot dan menginterpretasikan graf yang menunjukkan: 
· suhu kekal semasa peleburan dan pendidihan. 
· jisim kekal tidak berubah semasa perubahan fizikal seperti perubahan keadaan jirim, melarut pepejal dan pengembangan oleh haba.


7
8.3 Pantulan cahaya

8.3.2 berkomunikasi mengenai hukum pantulan.


Menjalankan eksperimen untuk mengukur sudut tuju, i dan sudut pantulan, r, menggunakan cermin satah dan menentukan hubungan antara sudut tuju, i dan sudut pantulan, r. Memperkenalkan Hukum Pantulan.
8
8.4 Pembiasan cahaya

8.4.3 merumuskan hubungan antara sudut tuju, i dan sudut biasan, r apabila cahaya bergerak dari medium kurang tumpat ke lebih tumpat.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara sudut tuju, i dan sudut biasan, r apabila cahaya bergerak dari medium kurang tumpat (udara) ke medium lebih tumpat (blok kaca).

Dapatkan salinan di pautan berikut:
https://drive.google.com/file/d/0ByHBsKXG5nHVQmtVMzdKLUtzdnM/view?usp=sharing

https://www.scribd.com/document/354491082/8-Eksperimen-Wajib-KSSM-Tingkatan-1



  • Dokumen Standard Kurikulum dan Penilaian (DSKP)
  • Template Pelaporan Sains KSSM Tingkatan 1
  • 8 Eksperimen Wajib KSSM Tingkatan 1
  • Manual Pentaksiran KSSM Sains Tingkatan 1

  • Share on Google Plus

    About Cikgu Kini

    This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

    1 comments:

    1. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.nmedia5571.science

      ReplyDelete